Perkhidmatan Kami

Our QR Codes La Tansa Optometrist

qr-code (1)

Hi alls,

Here is our QR codes.

Feel fee to scan for latest promotion in our shop!

Advertisements

MATA MALAS? ADUHAI…

Mata Malas-Aduhai

 

“Mata malas? Macam mana pulak tu? Ingatkan orang je boleh jadi malas,hehe “. Tanya si ibu  dengan mengerutkan dahi pada mulanya kemudian sedikit ketawa kecil.

“Iya, puan. Mata malas ni jadi bila mata yang rabun dibiarkan tanpa dirawat. Jadi, kalau rabun sudah dikesan, baik dibetulkan awal-awal dengan cermin mata. Biasanya kanak-kanaklah yang sering dikaitkan dengan mata malas ni. Rabun mereka dibiarkan dengan harapan akan baik sendiri, tapi malangnya masalah lain pulak yang timbul. Walaupun begitu, mereka masih boleh mendapat tahap penglihatan yang normal dengan menjalani beberapa latihan atau rawatan khas” , balas saya.

“Oh, jadi contohnya kalau macam saya yang dah bukan kanak-kanak ni, dah tak boleh dirawatlah? ” gurau si ibu pesakit.

Senyum saya.

“Puan ada rabun ?” Tanya saya. Manalah tau, kot-kot si ibu ada rabun mungkin sedikit sebab beliau tidak memakai cermin mata hari itu.

“Oh, saya tak rabun, tapi bapanya ada rabun. Tebal jugak tu tengok cermin matanya. Nasib baik saya tak perlu pakai cermin mata macam tu. Bukan apa, hilanglah kecomelan saya. ” Ternampak lesung pipit si ibu bila tersenyum.

Tergelak besar saya.

“Puan ni kelakarlah orangnya. Bestlah. Kalau gitu, puan tak adalah mata malas. Takpe, kitorang tengok puan pun sentiasa comel je .” Tambah pembantu saya yang dari tadi ada di sebelah.

Saya mengangguk tanda setuju.

“Puan, mata malas ni juga kita panggil amblyopia. Amblyopia ni terjadi bila salah satu mata tidak dapat dibetulkan secara seratus peratus walaupun dengan cermin mata. Dalam sesetengah kes, mata malas ni berlaku pada kedua-dua belah mata. Tetapi akan ada satu mata yang lebih teruk dari satu mata lagi. ” terasa panjang pulak huraian saya.

Si ibu mendengar dengan khusyuk sekali. Mungkin kerana masalah ini ada kaitan dengan anaknya yang baru berusia 8 tahun, jadi perhatian si ibu tertumpu sepenuhnya kepada butir kata saya.

Saya menambah penjelasan secara terperinci kepada si ibu tadi.

” Masalah sebenar yang wujud bukan sekadar satu mata tidak nampak dari satu lagi. Kesan yang lebih berat ialah terhadap prestasi pembelajaran anak puan di sekolah. Anak yang mempunyai mata malas sukar mempunyai koordinasi mata dan tangan dengan baik. Motor skills dan kebolehan menganggar jarak juga terjejas.”

“Puan pernah tengak cerita di cinema yang 3D? Alah yang kena pakai spek mata hijau merah tu?”

“Ya, ya, pernah,” balas si ibu pendek.

“Kalau orang yang amblyopia ni, memang sukar nak tengok cerita dalam 3D. Susah nak appreciate 3D tu sendiri.. Hujungnya, cerita ke mana, 3D pun ke mana, bolehlah nampak cerita tu tapi feel 3D tu tak ada”, Jelas saya yang sedikit bersemangat bila bercerita tentang masalah pesakit.

Saya menyarankan anaknya menjalankan Rawatan Mata Malas yang kami sediakan di premis kami. Rawatan mata malas ini memerlukan minimum 3 kali kehadiran pada masa yang ditetapkan. Si ibu bersetuju memandangkan masalah anaknya yang agak kritikal.

Saya mengakhirkan sesi konsultasi dengan pemberian preskripsi cermin mata dan tarikh rawatan susulan untuk mata malas.

 

Optometris,

La Tansa Optometris Subang Bestari, Shah Alam.

 

PERIHAL PENULIS.

Cita-cita semasa kecil mahu menjadi graphic designer. Di selang seli dengan cita-cita menulis novel, tetapi memandangkan novel yang nak ditulis mestilah tebal, mengubah cita-cita menjadi pereka kad birthday pula. Minat sebagai graphic designer tidak dapat dilanjutkan dalam bentuk pendidikan formal kerana ibu lebih menyokong ke arah pendidikan kesihatan dan perubatan. Akhirnya meneruskan pelajaran dalam bidang Optometri hingga kini masih berkecimpung dalam bidang Optometri selama hampir 15 tahun. Mempraktikkan pengalaman semasa berkhidmat di hospital kerajaan selama hampir 14 tahun di bahagian klinikal Optometri. Berjinak-jinak dalam bidang perniagaan atau retail untuk memenuhi rasa dalam jiwa. Sangat suka kerana dalam bidang retail dapat menjadi Optometris, grapic designer dan penulis novel aka blog, sekaligus!  🙂

 

 

MATA LETIH? BANYAK MENGGUNAKAN KOMPUTER DALAM KERJA SEHARIAN ANDA? 7 AMALAN YANG BOLEH DIPRAKTISKAN BAGI MENANGANINYA.

Mata Letih- (3)

Mata merupakan suatu organ yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita banyak bergantung kepada nikmat pancaindera ini dalam melakukan kerja-kerja rutin kita.

Tanyalah kepada mereka yang mempunyai masalah rabun dan memakai cermin mata. Apa yang akan mereka alami sekiranya cermin mata mereka hilang atau tertinggal atau apa-apa saja keadaan yang menyebabkan mereka tidak dapat memakai cermin mata mereka walaupun cuma sehari. Pasti mereka akan kata, keadaan sedikit sukar berbanding memakai cermin mata.

Dengan cermin mata, kualiti kerja adalah lebih baik. Segala aktiviti menjadi lancar dan teratur. Tetapi, bagaimana pula jika dengan membuat kerja dekat yang  terlalu lama misalnya penggunaan komputer atau gajet digital menjadikan mata anda cepat letih? Pasti lain keadaannya bukan?

Walaupun dengan memakai cermin mata, mata anda berasa cepat penat kerana anda perlu fokus untuk menyelesaikan kerja anda. Selain itu, mata anda terpaksa berhadapan dengan jutaan piksel dan cahaya dari skrin komputer. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya mata anda berkelip kerana terlalu asyik bekerja dan melihat skrin gajet anda.

Apakah amalan yang dapat dilakukan bagi menanganinya?

1. Amalkan 20-20-20. Apa tu?

Selepas 20 minit melihat komputer atau gajet, rehatlah selama 20 saat dengan melihat objek yang sejauh 20 kaki (6 meter). Mudah bukan? Amalan ini bukan sahaja mengurangkan stress anda, tetapi megurangkan stres mata anda. Begitu juga melegakan sakit belakang dan leher anda.

2. Dapatkan kerusi dan meja yang sesuai di pejabat anda.

Kerusi yang fleksibel atau ergonomik penting bagi menjaga postur tulang belakang anda. Cara duduk yang betul juga dapat mengurangkan rasa letih anda. Begitu juga dengan meja kerja anda. Pastikan sudut kedudukan komputer anda dan mata anda mengikut jarak kerja yang selesa.

3. Pastikan mata anda berkelip.

Ya, tidak berkelip semasa asyik melihat skrin komputer meyebabkan mata anda cepat kering. Berkeliplah supaya air mata anda dapat membasahi permukaan kornea anda dan mengelakkan mata menjadi kering. Mata kering boleh mempengaruhi ketidak selesaan mata semasa melakukan kerja. Sebarang ketidakselesaan menyebabkan anda secara automatis berasa letih.

4. Letakkan komputer tidak berhadapan dengan sumber cahaya.

Anda boleh mengurangkan refleks cahaya lampu dengan mengkondisikan meja kerja anda agar tidak berhadapan terus dengan cahaya. Berhadapan dengan cahaya matahari atau lampu secara berterusan akan menyebabkan rasa silau dan tidak selesa.

5. Pastikan meja tidak berhadapan dengan penyaman udara pejabat atau rumah anda.

Pendingin udara bukan sahaja mendinginkan bilik, tetapi ia juga boleh mengeringkan mata anda. Sekiranya anda memakai kanta sentuh, adalah lebih baik anda tidak duduk berhadapan atau secara langsung dengan penyaman udara kerana ia akan mengeringkan mata anda.

6. Pastikan preskripsi cermin mata anda adalah yang terkini.

Pasti ada yang masih menggunakan cermin mata yang sudah dibuat 2 tahun atau 3 tahun dahulu kan? Bagaimana dengan preskripsi yang anda pakai sekarang? Sudahkan anda mengetahui yang terkini? Ini kerana sekiranya anda memakai preskripsi cermin mata yang lama atau “out-dated’ , mata anda terpaksa bekerja lebih keras untuk memfokus sesuatu imej. Akhirnya mata anda akan menjadi cepat letih. Dapatkan pemeriksaan mata terkini dengan Optometris komuniti anda.

7. Pilihlah cermin mata yang dapat menghalang cahaya dari komputer dan mengurangkan beban otot mata anda bekerja .

Pilihan jenis kanta mata yang mempunyai lapisan anti silau khas yang dapat mengelakkan cahaya yang tidak perlu, masuk ke dalam mata anda. Cahaya yang berbahaya ini akan menyebabkan kesan buruk kepada retina anda. Terdapat juga kanta mata yang dapat mengurangkan bebanan otot anda untuk memfokus dengan merelakskan otot tersebut. Berbincanglah dengan Optometris komuniti anda bagi mendapatkan kanta mata yang sesuai dengan kerja anda.

 

Optometris,

La Tansa Optometrist, Subang Bestari, Shah Alam.

 

KANTA MULTIFOKAL UNTUK ANDA TETAP KELIHATAN BERGAYA-PADA SEBARANG USIA

Kanta MultifokalApabila menjangkau usia 40 an dan 50 an, anda akan mempunyai suatu keadaan yang baru dan berbeza dengan penglihatan anda. Anda mungkin mengalami kesukaran membaca. Bagi sesetengah individu, mereka juga mempunyai masalah melihat objek jauh.

Keperluan untuk melihat dekat dan jauh pada masa yang sama membuatkan anda memerlukan kanta pembetulan untuk kedua-duanya. Jika dahulu, kanta bifokal digunakan untuk membetulkan penglihatan jauh dan dekat serentak, sekarang, anda mempunyai pilihan yang lebih terkini iaitu kanta multifokal.

Kanta Multifokal adalah “kanta tanpa garisan” yang nyata membuatkan anda tidak merasa ganjil atau ketinggalan dalam fesyen kerana rekabentuknya seperti kanta cermin mata biasa.

RAHSIA TERSIMPAN!

Ya, dengan kanta multifokal, rahsia usia anda tersimpan, sekurang-kurangnya untuk individu biasa tetapi bukannya Optometris ya! Kanta ini akan membetulkan penglihatan jauh dan dekat anda, membolehkan anda membaca buku kegemaran anda dan menjalankan kerja-kerja pejabat anda semasa menggunakan komputer. Sekaligus!

Kanta multifokal bukan sahaja tampak seperti cermin mata biasa, tetapi ia juga dikatakan lebih memberi keselesaan kerana tidak mengalami penglihatan “lompat” dari jauh ke dekat atau sebaliknya. Kuasa kanta multifokal yang berubah dari jauh ke dekat adalah lebih natural tanpa sebarang penghalang jika dibandingkan dengan kanta bifokal.

Walaupun kanta multifokal direka untuk membantu penglihatan jauh dan dekat, ia juga sebenarnya membantu penglihatan perantaraan anda iaitu antara jauh dan dekat. Misalnya melihat komputer di meja kerja anda.

BINGKAI YANG TERKINI? CUBALAH!

Jika dahulu anda perlu memilih bingkai cermin mata yang besar untuk kanta multifokal, sekarang tidak lagi! Anda boleh memilih bingkai cermin mata yang kecil dan sesuai dengan wajah anda. Dapatkan nasihat Optometris atau Jurugaya di kedai cermin mata bagi mendapatkan bingkai yang sesuai dengan gaya anda.

C9hYuq9W0AElFEW

BERILAH MASA UNTUK MATA SESUAI DENGAN KANTA MULTIFOKAL ANDA

Ramai pemakai yang perlu beradaptasi dengan kanta multifokal mereka terlebih dahulu. Berilah masa yang sesuai untuk mata anda menyesuaikan diri dengan rekabentuk kanta yang baru. Antara pengalaman pertama memakai kanta multifokal adalah kabur pada bahagian tepi kanta. Rasa ketidakselesaan dan kabur ini akan hilang selepas 1 atau 2 minggu iaitu apabila mata anda sudah serasi dengannya. Sekiranya anda masih mengalami masalah yang sama selepas jangka waktu ini, berjumpalah dengan Optometris kerana kemungkinan rekabentuk kanta multifokal itu tidak sesuai dengan anda.

Dapatkan khidmat nasihat yang profesional dari Optometris dan Perunding gaya cermin mata bagi memilih rekabentuk bingkai dan kanta multifokal  yang sesuai dengan anda.

Yang paling penting, jangan biarkan nombor pada usia anda menghadkan pilihan anda. Pilihlah cermin mata yang sesuai untuk anda kelihatan bergaya sepanjang masa.

La Tansa Optometrist, Subang Bestari, Shah Alam.

 

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan kami merangkumi:

  1. Pemeriksaan mata dan saringan penglihatan oleh Optometris

Pemeriksaan mata adalah perkhidmatan utama LTO khusus untuk para pelanggan yang datang ke pusat Optometri kami. Tujuan utama saringan mata adalah bagi mengesan sebarang masalah penglihatan mata dari segi rabun, silau dan masalah-masalah penglihatan lain berkaitan dengan mata.

Sekiranya didapati hasil daripada saringan pemeriksaan mata terdapat sebarang penyakit mata yang serius,  Pakar Optometris kami akan merujuk pesakit tersebut kepada Pakar Oftamologi di hospital bagi pemeriksaan lanjut.

IMG_0755.JPG

     2.Rawatan mata malas

Rawatan mata malas ini diberikan khusus untuk kanak-kanak yang mangalami gangguan penglihatan sebelah mata kerana otak dan mata tersebut tidak bekerjasama yang mengakibatkan penglihatan menurun. Rawatan ini dijalankan secara berperingkat.

IMG_8266

    3.Rawatan Stamina mata

Pusat Optometri LTO juga memberikan perkhidmatan rawatan stamina mata atau dikenali sebagai binocular vision. Rawatan ini khusus untuk para pelanggan yang menghadapi masalah stamina mata.

IMG_0746

    4.Klinik Kanta Sentuh

Klinik kanta sentuh dikhususkan untuk para pelanggan kami yang ingin memakai kanta sentuh (contact lens) buat kali pertama. Pihak kami akan mengajarkan cara-cara memakai kanta sentuh dengan betul, cermat dan selamat serta memberikan pendedahan tentang langkah-langkah penjagaan kanta sentuh.

IMG_7931

     5.Servis cermin mata

LTO juga ada menawarkan perkhidmatan servis cermin mata iaitu :

  • Membaiki cermin mata
  • Cuci cermin mata
  • Pembaikan cermin mata

IMG_8202