Pusat Pakar Optometri La Tansa Optometrist ditubuhkan pada tahun 2010 di Subang Bestari, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. La Tansa Optometrist telah diasaskan oleh Puan Naseha, yang merupakan lulusan Ijazah Optometri pada 2002. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Klinikal Optometri terutamanya dalam bidang Kanta Sentuh dan Optometri Pediatrik. Beliau telah berkhidmat di hospital selama 14 tahun dan telah menangani pelbagai masalah mata primer.

Misi La Tansa Optometrist

1. Memberi  perkhidmatan Optometri yang terbaik dalam menitikberatkan profesionalisme kepada masyarakat.

2. Menjadikan La Tansa Optometrist sebagai Pusat Pakar Optometri yang unggul.

Visi La Tansa Optometrist

Memberikan perkhidmatan yang jitu dan berkualiti kepada komuniti dan masyarakat.

Motto La Tansa Optometrist

Profesional dan Kepercayaan

Piagam pelanggan La Tansa Optometrist

Kami di La Tansa Optometrist sentiasa mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik khas untuk para pelanggan kami. Datanglah ke Pusat Optometri kami untuk mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat yang profesional dari Pakar Optometris kami yang berpengalaman.

Advertisements